
Pernahkah anda perasan … bahawa kita rakyat Malaysia telah semakin peka tentang gaya hiasan rumah semenjak akhir-akhir ini. Jika anda berada didalam umur tiga puluhan seperti saya, anda mungkin akan teringat semula kepada kerusi-kerusi plastik ringkas yang telah digunakan dengan selesa sekali (dan telah disalahgunakan oleh kita), dalam beberapa warna yang terang dan bertentangan, diletakkan bersama-sama dengan kerusi rotan yang sudah usang dan meja kayu padu. Semuanya pula disokong oleh tikar getah linoleum berkotak / berbunga diatas lantai simen.
Bila saja kita perlukan perabot, seluruh keluarga akan bergegas menuju ke Kedai Perabot yang terdekat sekali dengan rumah, yang memang tidak disangka boleh dipenuhi dengan perabot-perabot yang disusun tinggi mencecah hingga ke siling. Kita akan mencuba sedaya upaya menyelit melalui lorong-lorong sempit diantara timbunan meja, almari, rak buku dan rak kasut yang tinggi seperti Menara Petronas, dan menunding kearah “calon yang paling sesuai”, yang mana kemudiannya akan diturunkan dengan mahir untuk proses penelitian yang bersungguh-sungguh dan tawar menawar harga.
Tidak dinafikan bahawa ketika itu merupakan suatu masa yang mudah, dimana pilihan perabot pada ketika itu untuk kebanyakan orang-orang Malaysia adalah sekadar berdasarkan kepada apa yang telah sedia ada dan mudah diperolehi di kedai-kedai berdekatan rumah kita.
Dengan peningkatan kemajuan dalam beberapa dekad terakhir ini dan mungkin juga kerana dunia ini semakin kecil apabila dikaitkan dengan fesyen dan turutan, kita dihadapkan dengan PILIHAN – gaya, warna, bahan, rekabentuk dan harga – dari pelbagai jenis pilihan yang mengelirukan.
Kempen-kempen pemilikan rumah dijalankan dengan meluas, dengan pilihan rumah yang lebih besar dan luas jika dibandingkan dengan masa dahulu. Dari rumah banglo ala sierra, kepada pangsapuri yang bertema, rumah-rumah berkembar, ‘town house’, villa siber dsb.Pilihan rumah kita semakin tidak terhad dan bersama-sama dengannya timbul pula pilihan hiasan rumah.
Buka sahaja sebarang suratkabar nasional, terutama sekali apabila hampir tiba hujung minggu, maka akan terpaparlah mukasurat-mukasurat iklan tentang jualan perabot kayu jati, ekstravaganza katil Itali, kabinet hiasan dari tengah barat Amerika, langsir Jerman, dsb. Kita berpusu-pusu ke jualan-jualan tersebut, tetapi mendapati bahawa tiada cara kita boleh menilai harga sebenar, bahan mahupun nilai sebenar demi mempertimbangkan kewangan. Banyak benda-benda yang kelihatan cantik dan bagus tetapi mahal. Bagaimanakah kita boleh menghias “istana” kita dengan tahap belanjawan kita ?
Oleh itu, kebanyakan dari kita, berada didalam dilemma. Gaya lawan belanjawan. Pilihan lawan wang tunai … apa yang boleh kita lakukan ? Ini adalah beberapa saranan :
1. Terokai Pilihan-Pilihan Gaya Yang Ada Apabila anda terdorong untuk membeli sesuatu barang, hentikan niat anda itu ! Sekurang-kurangnya, jangan membeli dengan serta-merta. Tidak sehingga anda telah menerokai semua pilihan-pilihan yang ada, kesemua pendekatan gaya yang ada. Tidak dinafikan bahawa kita semua mempunyai citarasa yang berbeza-beza, tetapi biarkanlah diri anda sekurang-kurangnya seketika untuk melihat, mengkaji, dan menghargai gaya terbaru sebelum membuat keputusan, sekiranya perlu, kenapa anda tidak sukakannya … ? Kerana pada asasnya, adalah mudah untuk berekonomi bagi sesetengah gaya dari yang lain. Sebagai contoh, katakan saya SUKAKAN tiang-tiang bulat ala Roman, fabrik sutera berkedut, sarung dipan berpintal emas dan lantai mabel Itali berkilat. Walau bagaimana pun saya ingin berekonomi, ia memang sukar kerana bahan-bahan / barang-barang tersebut adalah diimport, dan walaupun terdapat buatan tempatan, aduh ! ianya tidaklah semurah seperti yang diharap… keadaan yang telah diubahsuai dengan alas kain diatas lantai, kerusi kayu keras, dan lain-lain perabot yang berseni mahupun pilihan hamparan dan sarung kusyen yang lembut dan selesa. Terdapat banyak pilihan yang ada, dan satu cara untuk menjadi artistik dan ekonomi ialah dengan menerokai kebudayaan tradisional Malaysia kita. Selain daripada almari perhiasan yang rapi buatannya dan bergaya, cuba pertimbangkan wau bulan yang besar dan berwarna-warni sebagai titik fokus bagi sesebuah bilik. Selain daripada langsir jenis berkedut tiga, cuba pertimbangkan sesuatu yang bercorak buluh ringkas dan berbintik ataupun kain kapas lipatan keras. Selain daripada kerusi-kerusi rehat yang besar, cuba pertimbangkan pula perabot rotan yang lebih sesuai dengan cuaca kita yang panas dan lembap. Walaupun sesetengah barang individu yang dipilih adalah lebih mahal dari harga keluaran keseluruhan, anda akhirnya kurang berbelanja kerana anda hanya perlukan sedikit sahaja dari keseluruhan keluarannya. Dalam erti kata yang lain, RINGKASKAN Ketika melihat kepada rumah anda dan isi kandungan didalamnya, cuba lihatnya secara menyeluruh – isi kandungan dan ruangannya sebagai sesuatu yang berkaitan, dan bukan hanya perabot sahaja. Maka … anda akan mendapat markah bonus lagi apabila anda melakukannya … kurang penjagaan, kurang serakkan, lebih ruang untuk bergerak dan lebih kebebasan dalam erti kata yang lain.
2. Perabot Yang Fleksibel – Kerusi Yang Sesuai Untuk Semua Keadaan ? Bayangkan jika anda boleh menyusun semula perabot-perabot didalam bilik-bilik anda, malah dari satu bilik ke satu bilik yang lain mengikut apa dan bila sesuatu keperluan khas itu timbul – ianya akan dapat mengurangkan keperluan untuk memiliki barang-barang baru. Sebenarnya, ini adalah sesuatu yang saya sendiri pernah alami, dan masih mengalaminya hingga ke hari ini. Sewaktu saya berkahwin sembilan tahun yang lalu dan berpindah masuk ke pangsapuri pertama kami yang sederhana, kami betul-betul berada dalam keadaan “ikat perut”. Satu hari, kami ternampak iklan disuratkabar bagi jualan murah perabot untuk taman di mana mereka menjual perabot-perabot rotan. Saya masih teringat betapa terkejutnya saya apabila mengetahui bahawa harga bagi set 3 barang itu hanyalah RM198 sahaja. Selepas memastikan bahawa tiada tambahan digit dihadapan harga 198 itu, kami pun bergegas pergi kesana dan menyusun dua tempat duduk seorang, satu tempat duduk untuk dua orang serta satu meja bulat minum petang kedalam kereta Toyota Starlet kami yang kecil dan segera pulang kerumah untuk mengaturnya dengan bangga sebagai set duduk diruang tamu. Yang pastinya, saya mengaku, sarung kusyen yang asli memang menakutkan – dengan pusaran warna-warna floresen yang bercanggahan, tetapi hey, itu semua boleh dipulihkan (dan sememangnya telah diuruskan), dengan membuangkannya bersama-sama dengan sampah sarap. Walau bagaimanapun, sembilan tahun berlalu dan selepas tiga kali berpindah rumah, kami masih memilliki set tersebut, ia masih berkhidmat untuk kami dan memandangkan bahawa barang-barang tersebut sangat ringan, kami membawanya ke laman setiap hari untuk duduk berehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Ianya juga boleh dipindahkan bila kami ingin menonton televisyen, boleh dipindah balik untuk sudut bacaan yang selesa dan boleh juga dipindahkan kemana-mana bagi keadaan-keadaan tertentu. Berpasangan dengan dua buah kerusi yang boleh dilipat kepunyaan kami, yang mana sentiasa bergerak didalam rumah sebagai kerusi makan apabila kami mempunyai tetamu, sebagai kerusi duduk semasa meditasi, juga sebagai kerusi rehat semasa melakukan mandian kaki menghilangkan tekanan, sudah jelas bahawa barang sekecil itu mampu bertahan untuk tempoh masa yang panjang. Tambahan pula, seperti di perkara yang pertama, keserakkan rumah dapat dikurangkan dengan pilihan barangan perabot yang fleksibel seperti ini.
3. Cat – Tin Yang Berpotensi Mengindahkan Apabila terfikir untuk menghias rumah, jangan hanya berfikir tentang perabot sahaja, tetapi juga tentang kanvas-kanvas kosong menegak yang menjadi struktur rumah anda. Ya, dinding-dinding rumah anda ! Satu cara yang ekonomi untuk menghasilkan rumah yang cantik ialah dengan ‘bermain’ dengan warna cat. Dengan satu tin lima liter cat, berharga dari RM50 keatas, anda boleh mengubah keseluruhan suasana, dan merasa dekat dengan sesuatu ruang di dalam rumah anda. Orang-orang Malaysia biasanya sangat konservatif dalam pemilihan warna-warna cat mereka, dan ya, perasaan terperangkap dengan warna yang dibenci pada suatu dinding yang luas boleh melemahkan semangat, membuatkan kita tetap memilih warna-warna yang selamat seperti warna putih, kuning air ataupun warna-warna lembut. Tetapi, dengan itu anda boleh hilang pilihan hiasan yang tersendiri, unik dan ekonomi. Masih tidak pasti samada warna pilihan anda itu ‘sesuai’ ? Terdapat beberapa cara untuk anda bersedia dengan pilihan warna-warna anda : Lihat sekeliling anda – pada alam semulajadi, pada rumah kediaman orang lain, pada majalah-majalah – apakah kombinasi warna yang menarik hati anda ? Warna merah yang hangat atau warna hijau yang menyejukkan ? Warna-warna yang kontra atau harmoni ? Lihat pada barang-barang persendirian anda – pakaian, aksesori, dsb – apakah warna yang biasa anda gunakan ? Cuba bayangkan sesuatu ruang yang luas dan dipenuhi dengan warna-warna tersebut, dan lihat samada warna-warna tersebut masih menawan hati anda. Beli tin-tin yang kecil (tin terkecil yang boleh anda jumpa), catkannya ke atas sekeping kadbod putih dan lekatkannya ke atas dinding yang berkenaan supaya anda dapat melihat pantulan cahaya matahari keatasnya pada waktu-waktu yang berbeza dalam sehari (atau jika anda rasa lebih yakin, catkan diatas sebahagian kecil dinding berkenaan tersebut).
4. Ingat, sekiranya anda masih tidak berkenan dengan warna yang anda pilih, walaupun selepas beberapa waktu memberi peluang untuk menyukainya … anda boleh sentiasa mengecatkannya semula … itulah dia salah satu kelebihan mengecat.
5. Tumbuh-Tumbuhan – Sentuhan Alam Semulajadi Mempunyai tumbuh-tumbuhan merupakan satu lagi cara yang ekonomi untuk menambahkan warna dan titik-titik fokus dalam rumah anda. Tumbuh-tumbuhan juga bagus dari suatu segi yang lain, ianya hidup, dan dengan kehadirannya didalam rumah (dan laman) dapat menyuburkan perasaan dalaman kita. Sudah tentu anda perlu mengetahui sesuatu berkenaan tumbuh-tumbuhan tersebut sebelum meletakkannya didalam rumah – ia memerlukan cahaya matahari dan samada ia beracun (terutama sekali dengan adanya jari-jari kecil anak-anak anda yang bersifat ingin tahu). Maklumat-maklumat ini boleh diperolehi dari mana-mana pemilik kedai membekal barangan kebun yang berpengetahuan, ataupun dari rakan-rakan yang minat berkebun. Sepertimana yang dapat anda lihat, memang terdapat beberapa cara yang membolehkan anda menjimatkan duit dalam menghias rumah, dan masih mampu mempunyai sebuah rumah yang memuaskan dari segi estetika dan selesa. Maka, lupakan peraturan-peraturan yang lama dan menyusahkan, dan terokailah – perjalanan itu sendiri akan mampu memberikan waktu-waktu keseronokan dan pengetahuan kepada anda !
oleh Latha Nayar -ehomemakers.net ..very nice tips!














